Wednesday, September 13, 2017

5 Sebab Anda Mesti Cuba Vivix Shaklee

Entry kali ni ibu nak share tentang produk Shaklee yang super hot. Apa dia?

Tak lain dan tak bukan --> Vivix Shaklee. Yeahhh!


5 Sebab Anda Mesti Cuba Vivix Shaklee


1. Sirup bukan pill

Ibu faham sangat. Ada sesetengah orang especially warga tua dan golongan lelaki, payah nak telan pill banyak-banyak. Rasa tersekat kat anak tekak.

Jadi, Vivix ni supplements terbaik yang patut u olls cuba untuk kekal sihat dan awet muda.



2. Rasanya enak dan tak muak

Ada supplements, rasanya pahit atau berbau hanyir. Tapi tidak Vivix Shaklee.

Vivix Shaklee rasanya seperti pati ribena. Masam-masam manis gitu. Baunya pun harum

3. Kesan yang sangat menakjubkan

Vivix Shaklee mempunyai ribuan testimoni yang hebat-hebat. Ada yang kulit jadi feloles. Hilang semua jerawat, jeragat.

Ada yang pulih dari stroke. Gula dalam darah jadi normal. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah.

Tak percaya? Rujuk entry ni  Testimoni Vivix Untuk Sakit Saraf




4. Ekslusif

Vivix ni di perbuat dari 4 bahan utama yang amat ekslusif. Tak ada di jual di pasar raya tau. Hehehe.




5. Harga yang murah dengan keahlian Shaklee

Harga sebotol Vivix ini ialah rm503. Namun, bila mana u olls menjadi ahli Shaklee, u olls boleh jimat kira-kira RM100!

Wowww. Dahsyat kan?

Dan yang lebih menggembirakan, Shaklee juga ada lakukan JUALAN BERKALA. Maksudnya SPECIAL OFFER.

Contohnya sekarang ini, Shaklee ada OFFER khas sempena 16 September 2017. Nak tahu apa?



JIMAT 5% DENGAN TWIN PACK VIVIX!


Dengan pembelian set ini, u olls bakal dapat :

+ Keahlian PERCUMA bernilai rm68.90
+ Post PERCUMA bernilai rm10.60
+ Pembelian Vivix dengan HARGA AHLI (jimat sehingga rm200)
+ CASH BACK bernilai rm35+
+ Layak menerima 1 LUCKY DIP

Lumayan kan?

Jadi, apa tunggu lagi.
Jomlah grab sekarang.

Terus wassap +60176460765. Ibu akan reply secepat mungkin. Offer ni bukan selalu.

* War-warkan pada rakan-rakan dan sedara mara anda. Berikan link blog ini kepada mereka. Promosi HANYA 1 hari sahaja ya.

Diyana Jamal
Pengguna & Ejen Shaklee
017-6460765

Cyst Ketika Hamil



Bila Doktor Vincent sahkan ada cyst kat ovari di sebelah kanan, ibu tetap risau. Sebab ibu tahu yang cyst ni boleh ganggu perkembangan janin atau boleh bawa risiko keguguran akibat pendarahan.

Tapi, doktor Vincent kata jangan terlalu risau. Sebab, jika "Corpus Luteum" dia akan hilang sendiri. Namun, perlu monitor juga progressnya.

Ni gambar scan yang 1st.

Sedikit info tentang corpus luteum, corpus luteum adalah kantung seakan cyst. Terjadi setelah telur (ovum) di lepaskan.

Biasanya dia akan berada dalam ovari beberapa minggu (sekitar 12-14 hari) sebelum hilang dengan sendirinya (natural proses). Boleh rujuk gambar rajah kat bawah ni.



Corpus Luteum ni akan merembeskan hormon progestron untuk menebalkan dinding rahim sebagai persediaan untuk persenyawaan.

Jika tidak hamil, corpus luteum akan bertukar kepada corpus albican di mana proses haid pun bermula (rujuk gambar tadi ya)

Jika persenyawaan berlaku,  corpus luteum ni akan hilang juga. Namun, ada sesetengah wanita, corpus luteum ni akan KEKAL hingga 2-3 bulan untuk merembeskan hormon PROGRESTRON dan hilang bila uri mula mengeluarkan hormon progrestron.

Untuk lebih faham lagi tentang CORPUS LUTEUM ni, u olls klik di SINI

.
Since doktor Vincent kata macam tu, so, ibu relieve sikit.

Ibu ada juga bertanya dengan doktor Vincent "ada diet yang perlu di elakkan ke?"

Doktor Vincent kata "No. Cyst tiada kaitan dengan diet". So, no such thing tak boleh ambil soya tau. Boleh nak ambil dengan dos yang sederhana.

After 3 weeks, ibu datang lagi ke klinik Dr Vincent. Masa tu, alhamdulillah doktor kata saiz dia dah berkurangan. Gambar scan tu ada dalam buku pink kat klinik. Tak snap pula.

But on 11 weeks, ibu cek up di klinik pakar Hospital Melaka untuk cervical incompetence. Alhamdulillah saiz cyst ibu dah kecut. 2 x 3cm je dari 5cm.

Doktor Mai kata, it most probably a CORPUS LUTEUM. Syukur sangat-sangat.

Ni gambar cyst ibu the latest. Nampak kecil kan dari yang sebelumnya 😍



.

Jadi, for those yang hadapi masalah macam ibu (cyst ketika hamil), jangan terlalu risau ya. Besar kemungkinan ia adalah CORPUS LUTEUM which means dia akan kecut sendiri.

Dalam pada tu, ikut nasihat doktor. Patuhi temujanji untuk dapatkan progress & rawatan awal kerana, ada juga kes yang cyst ini membesar dan perlu di bedah.

Biasanya, cyst bersaiz 5cm ke atas, doktor akan suggest untuk di bedah kerana bimbang akan pecah dan boleh membawa risiko maut. Jadi, pastikan u olls patuhi nasihat doktor ya.

Next entry ibu akan share tentang CERVICAL INCOMPETENCE iaitu RAHIM LEMAH. Please do follow my blog dan tinggalkan jejak ❤

Diyana Jamal
Pengguna & Ejen Shaklee
017-6460765

Tuesday, September 12, 2017

UPT Positif Tapi Rahim Kosong

Wanita especially yang dah berkahwin, setiap bulan mesti risau tentang miss P dia. Dup dap dup dap bila dah nak due tu. Iye lah kot-kot mengandung ke kan.

Bila dah sehari lewat, hati mula risau. Manalah miss P tak datang-datang lagi ni. Nak bagi tahu suami takut dia mengharap pulak. Maka di pendamkan saja.

Sepanjang 6 tahun usia perkahwinan ibu, boleh di katakan lebih 10 UPT kit di gunakan. Asal lewat je, terus test. Pernah sekali tu, 2 minggu period lambat. Tapi, hampa. Meleleh air mata.

Iyelah. Siapa tak nak anak. Damia pun dah pandai request nak adik. And sometimes rasa sedih sangat tengok dia tak ada kawan untuk bermain kat rumah.

5 bulan lepas, period ibu lewat 3 hari. Berdebar je rasa. So, ibu senyap-senyap beli UPT kit kat Watson. Tak bagi tau suami pun sebab tak nak mengharap macam yang sebelumnya.

Dah beli UPT tu, terus g cek. Alhamdulillah double line. Happynya ya Allah. Siap call suami kat tempat kerja suruh tengok wassap.

Upt test ibu


Esoknya tu, suami balik je keje terus g klinik kat Batu Berendam. Dia bukan klinik doktor pakar. Tapi ada ultrasound.

Masa doktor buat ultrasound tu, dia kata...

"Allah. Sayangnya"

Ahh. Sudah. Apehal pulak ni? Ada yang tak kena ke? Ada kat luar rahim ke ni?

Kata doktor, rahim kosong. Tak pregnant. Lepas tu ada pulak cyst besar kat belah kiri. Dalam 5cm macam tu.

Ibu tanya doktor, kenapa UPT boleh positif?

Katanya MUNGKIN MASIH AWAL, jadi tak dapat detect. Atau, jika nak period pun UPT boleh jadi positif. Tapi, dia lihat seperti nak period. Mungkin akan period dalam 2-3 hari.

Kecewanya ya Allah.

Lepas settle bill, masuk kereta je terus menangis. Masa tu pula nak COD Shaklee kat Durian Tunggal. Cari-cari rumah tak jumpa. Call customer tak dapat. Memang spoil my mood that day.

Balik tu, ibu dengan selamba buat sit up, jumping jack. Dah doktor kata tak pregnant kan. Vitamins Shaklee yang tak boleh di ambil masa pregnant pun ibu selamba makan.

DTX Complex. Vitamin untuk bantu detox hati. Vitamin ni sebenarnya wanita hamil tak di galakkan ambil. Kena tanya doktor dulu. Tapi sebab dah frust, main sebat je. Huhuhu

Alfalfa Complex. Ni vitamins pelbagai guna. Sama macam DTX, tak boleh suka-suka ambil. Tapi masa tu ibu bedal je. 

Lepas tu suami ibu bagi nasihat. Selagi tak period, buat macam orang mengandung. Jaga elok-elok. Lagi 1 minggu kita jumpa doktor Vincent (Dr pakar O & G)

Lepas seminggu, kami pergi cek up kat klinik dr Vincent. Ibu mengadu kat dia...

"Doctor. Saya cek UPT positif. Bila cek ultrasound rahim kosong. Ada cyst pula di sebelah kiri. So saya risaulah doktor. Cyst boleh sebabkan UPT jadi positif ke?". Ibu tunjukkan gambar ultrasound tu kat dia.

"Tak. Cyst tak boleh buat UPT positif. Tak apa. Kita cek ultrasound"

Fuhh. Berdebar sungguh rasa masa nak baring tu. Suami ibu & Damia ada kat sisi ibu juga.

"Eh. You pregnantlah. See. About 5 weeks. Tapi memang you ada cyst ni. Tapi sebelah kanan tau"

Alhamdulillah. Memang bersyukur sangat. Rasa nak menangis time tu juga. Iyelah. Dah 2 tahun lebih TTC lepas gugur pada Januari 2015 dulu. Moga-moga Allah izinkan ibu lahirkan anak yang sihat dan sempurna bulan 2 tahun depan. Aamiin

.

Sedikit info mengenai "UPT POSITIF TAPI RAHIM KOSONG". Ibu ada membuat sedikit bacaan di blog & group TTC. UPT boleh jadi positif tapi tak hamil mungkin di sebabkan

1. Kandungan terlalu awal

Macam kes ibu ni lah kiranya. Jadi, for those yang dapat UPT positif, ambillah langkah berjaga-jaga. Selagi mana tak period, jaga elok-elok ya.

2. Mesin ultrasound tidak canggih/doktor tak arif

Kalau lihat mesin ultrasound di klinik Dr Vincent tu, dia lebih canggih dari klinik biasa. Jadi, jika nak puas hati, teruslah berjumpa dengan doktor pakar sakit puan.

Mesin ultrasound di klinik Dr Vincent ni siap boleh detect jumlah heart beat janin. Kuat betul bunyinya.

3. Blighted ovum

Blighted ovum ni kiranya persenyawaan dah terjadi, namun gagal berkembang menjadi janin. Mungkin di sebabkan kerosakan kromosom  atau genetik.

Bila doktor buat ultrasound, hanya kantung je kelihatan, tanpa degupan jantung. Biasanya blighted ovum ni akan gugur secara semula jadi.

4. Ovarian cancer

Ni kes yang sangat rare. Info ni pun ibu dapat dari blog mat saleh. Tapi sory tau. Dah tak jumpa sumber mana.

U olls jangan risau bab ni. As along as u olls lakukan pemeriksaan awal, in shaa Allah everything will be ok.

Tu sebab penting sangat kita as wanita monitor period cycle kita. Bila ada yang abnormal, cepat-cepat jumpa doktor untuk kenal pasti masalah.

.
.
Oh ya. Ni dia gambar ultrasound di klinik Dr Vincent tu. Gambar ultrasound yang 1st buat tu dah buang. Huhuhu.

Besarkan cyst tu? 5cm. Gerun je tengok.

Ok. Tu je sharing ibu kali ni. Hopefully u olls belajar sesuatu dari entry ni.

In shaa Allah next entry ibu akan cerita part cyst tu pula ya. Please do follow my blog & tinggalkan jejak 😘

Diyana Jamal
Pengguna & Ejen Shaklee sejak 2012
0176460765

Friday, April 28, 2017

6 Years And Counting

1 Syaaban 1432- 1 Syaaban 1438
- 6 Years And Counting.

.
Hari ni 1 Syaaban 1438. Ikut tarikh Islam, dah 6 tahun kami berkongsi hidup. Kami ni dulu pernah 1 sekolah, 1 kelas. Masa tu kami tak bercintalah. Sebab ade orang tu jual mahal (ibu ler 😜). Tapi, bak kata orang, kalau dah jodoh tak kan kemana. Iye dak?

Nak kata kisah kami suwit sangat, taklah. Tapi banyak juga memori suwit pain. Kalau buat filem ni, kalah "Kimchi Untuk Awak". Hahaha. Perasan lettew.

Kami nikah dulu. Lepas 4 bulan baru sanding. Orang panggil istilah kawen gantung.

Nampak cam meriah naw kan? 10 kete dari side abam botak. Family ibu tok sah cakaplah. Ramai. Memang penuh 1 balai. Maklomlah, kawen dengan orang kampung sebelah. Jarak rumah 4km jer.

Di sebalik semua ni. Ada kisah yang buatkan ibu rasa sedih. Sampai hari ni.

Abam botak kata abah ibu pegang tangan dia kuat sangat.


3 Julai 2011.

Waktu ni ngam-ngam sebulan mak abam botak kembali ke Rahmatullah. Serius sedih masa ni coz she was very kind to me. Pernah dia bagi tahu abam botak, "Kawen dengan Ana, mak setuju". In fact she was very eksited to see her only son get married.

Sehari sebelum arwah meninggal, ibu sempat call. Ucap hari lahir. I still remember her voice tau. Very soft. And I know, i will be her beloved daughter in law.

Namun, ajal maut itu kan di tangan tuhan. Sejauh mana, sebaik mana pun kita merancang, Allah juga yang tentukan.

Alhamdulillah. Its already 6 years berkongsi hidup dengan abam botak. Syukur pada Allah. Rezeki memang murah. Sentiasa cukup.

6 tahun dalam alam perkahwinan ni, banyak pengalaman pahit-manis seperti pasangan lain juga. Gaduh tetap ada. Pun begitu, belum pernah gaduh lama-lama.

Memori raya di rumah mertua. Tengok abam botak. Poyo kan? Hahaha. Samalah dengan bini dia 😂

Memori raya di rumah parent ibu. Alhamdulillah setiap tahun, kami dapat beraya di kedua-dua belah pihak. Rumah dekat jer. Hehehe


Kami dua ni memang poyo habis. Gurau style kasar. Sometimes beraku-engkau ja. Kalau orang tak kenal kami, memang kata macam bukan orang yang dah berkahwin. Macam kawan-kawan.

Pun begitu, kami ingat limit kami bila berdepan dengan orang lain. Cuma bila dengan family tu, kami memang cam budak-budak. Jiwa muda sokmo. Tak caya, tanya kawan baik ibu/adik beradik kami. Memang masuk air. Huhuhu.

Alhamdulillah. Masih jauh lagi perjalanan ni. Doakan hubungan kami di redhai Allah, dan sentiasa dalam rahmatNya.

To my lovely husband Nornazmi Abu Bakar, thanks for everything. Thanks sebab terima Ana seadaanya. Thanks sebab sentiasa support Ana dalam bisness Shaklee ni. Thanks sebab jadi suami yang penyabar dan penyayang.

Nanti ada masa nanti, ibu share lagi yea kisah kami. Mana yang boleh share aje lah. Hehehe.

Doakan perjalanan kami ke Kelantan malam ni di permudahkanNya. Sampai bertemu lagi di lain entry.

Assalammualaikum.

Saturday, April 15, 2017

Nak Kurus? Baca 2 Tips Kurus Dari Dr Zubaidi Ahmad

Alhamdulillah. Cukup juga 33 orang yang komen kat status ibu tadi tu. Korang memang sporting habesss 😍

Sebenarnya, komen tu sebagai pendorong agar ibu bersemangat untuk berkongsi. Itu saja. 

Apa pun, terima kasih ya sebab sudi drop komen. Ibu sangat-sangat hargainya.

Orait.

Berbalik pada tajuk, ibu ada komen pada salah 1 status Dr Zubaidi Ahmad. Dan alhamdulillah, doktor bagi respond dengan memberikan tips yang baik untuk di kongsikan.

Korang boleh refer sceen shot di bawah ni.




Haa. Itulah rahsianya. 

+ Kurangkan gula
+ Gantikan nasi dengan barli.

Ni ibu ada cari sedikit info tentang Barli. 
Bagaimana barli boleh membantu untuk kurus?

"Air barli adalah satu sumber minuman kesihatan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan. Ianya tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan (dan tidak perlu).

Tambahan lagi, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari" 
Sumber : panduansaya.com



So, lepas ni bolehlah makan barli yea. Puasakan nak dekat ni. Eloklah sama-sama kita mulakan pemakanan yang sihat.

Boleh-boleh?

Kongsikan tips ini kepada rakan dengan SHARE link blog ini pada mereka untuk manfaat bersama 😊


Diyana Jamal (Ibu Diyana)
Pengguna & Ejen Shaklee sejak 2012
+60176460765