Sunday, February 28, 2016

First Time Join Perjumpaan Ahli PPEOC

Malam tadi ibu & Damia temankan ayah Damia lepak-lepak dengan geng club kereta. Biasa ayah Damia yang temankan ibu pergi event Shaklee, so hari ni ibu pula nak temankan ayah. Kami lepak di Klebang, berhampiran dengan Dataran 1 Malaysia.

Perjumpaan ni actually untuk tampal stiker club. Nama kelab kereta tu PPEOC, nama panjang Proton Persona Elegant Owner Club

Ni FB page PPEOC. Jom support page diorang ni :)

Sampai-sampai je sana, Damia nak main roller blade. Mak aii Damia... tak teragak-agak. Ibu dulu masa sekolah rendah baru merasa main benda alah tu. Tapi, since Damia nak, ibu pun pergilah sewa. Bayar rm10 untuk sepasang rolller blade, main sampai penat. Ok jugalah harga dia.

1st time Damia main roller blade :)

Damia memang terbaik! Suka betul dia main... jatuh sikit pun tak pe. Ibu yang penat ;) 

Punyalah susah, nak pujuk Damia pulangkan roller blade tu. Pujuk punya pujuk, Damia setuju nak pulang. Tapi, nak bubbles pulak... Grrr.. bubbles kat seberang jalan anakku... Nak tak nak, ibu turutkan juga. Ayah Damia masih syiok sembang ;) 

Kat sebelah jalan tu (di Dataran 1 Malaysia), setiap Jumaat, Sabtu & Ahad ada car booth sales. Ibu ronda2 jap. Beli stokin 3 pasang rm6. Dulu rm5 kan ^_^ Kos hidup naikkk. 

After that, kami sewa alatan untuk bubbles saiz sederhana, rm2. Budak tau yang jual, anggaran umur dalam 9 -10 tahun. Bagus kan. Kecil-kecil dah bermiaga. Ibu tak dapat ambil gambar diorang. Handphone habis bateri ^_^

Then, kami pun balik semula ke tempat seberang jalan. Ingat dah settle, rupanya diorang baru nak tampal stiker. Kene g hujung jalan sikit. Fuhh.. smart gak logo diorang.


Bertungkus lumus brader ni tampalkan stiker kat kereta suami :)

GAmbar kereta ahli kelab PPEOC.
6 orang je yang join time ni. Ahli diorang actually ramai

Perghh... licinnya kepala dia :) hihihi

Jam 1 pagi, baru habis semua. Geng-geng suami nak lepak lagi. Tapi, Damia pun dah letih, kaki ibu pun dah "menggigil" minta di rehatkan, kami pun terus balik. Alhamdulillah... so far ibu tengok, ok lah club ni. Diorang more pada jalinan ukhuwah, family centered. Ada yang bawa baby 5 bulan, anak 9 bulan... Alhamdulillah, ibu pun dapat kawan baru. Geng-geng ibu muda... hohoho ^_^

Suami cakap, nanti ada family day maybe lepas raya. Ibu ON aje sebab ibu seronok kalau dapat jalan-jalan and spend masa dengan family :) 

Jalan-jalan Di Jusco Ayer Keroh

Lepas settlekan segala booking customers Shaklee, ayah Damia bawa pergi jalan-jalan kat Jusco Melaka. Macam biasa, port melepak kami, di kids playground kat tingkat 1 :)

Damia memang suka main dalam tu. Standart la kan... budak-budak. Sampai "liat" nak ajak pergi tempat lain:) huhuhu. 

Suka betul Damia naik Thomas ;)

Bila berjaya pujuk Damia untuk keluar dari kids zone tu, kami pergi makan di foodcourt. Suami terjumpa "kembar" dia sewaktu di Politeknik Merlimau. Isteri dia tengah mengandung :) Apa lagi... submit doa, moga-moga Allah bagi rezeki untuk bagi Damia adik ;) U all doakan juga ya. Rindu bau baby laa.. 

Dah settle makan, cari barang-barang Damia. Beli colour pensil, buku. Baru bulan 2, masuk ni dah 4 kali beli pencil warna. Beli, hilang, beli, hilang ;) hihihi. Apa pun, if Damia happy, ibu ayah pun happy.


Friday, February 26, 2016

Merempit Is Awsome :)

Tajuk dahsyat naa.. hehehe :) Actually tak merempit pun. Naik motor biasa, dengan kelajuan yang biasa. Entry ni just nak kongsi dengan u olls apa yang ibu rasa masa naik motor, which was so wonderful for me. Dah lama nak share dengan u olls, tapi asyik "corner" tajuk lain ja :) 

Pagi tadi, lepas hantar Damia pergi sekolah, ibu dan ayah Damia merempit ke Jasin. Pergi rumah mentor ambil stok Zink Complex sebab nak COD pada customer. Jarak dari Cheng ke Jasin, lebih kurang 20-30km. Tapi, demi customer, ibu gagahkan juga :)

Mat & Minah Rempit Zaman Millenium :) hihihi

Kami memang biasa hantar Damia naik motor pergi sekolah sebab malas nak hadap jammed. Ingat kat KL je jammed. Kat Melaka pun sama je ;) huhuhu.

Apa yang bestnya 'merempit' ni?

Feel naik motor ni lain sangat berbanding naik kereta. Tengok kiri kanan, ada orang yang naik motor, ada yang jalan kaki, ada naik kereta besar, kecil, lihat pokok-pokok dengan lebih dekat, dapat pandang langit, nampak burung berkicau. Rasa best sangat moment tu.. rasa bersyukur yang teramat.

Memang rasa kebas je otot-otot, terasa sakit pinggang ni. Tapi, bila fikir semula, ada orang naik basikal saja. Ada orang berjalan kaki. Kita ada motor, dapat duduk, tapi mereka gunakan tenaga yang banyak untuk bergerak.

Dan bila naik motor ni, terkenang semula kisah ibu di KL dulu. Kisah ibu bawa motor sewaktu hamil sehingga 9 bulan, kisah beli stok Shaklee rm3k dengan motor. Produk 3k banyak tau. 1 kotak besarrr. U olls bayangkan, macam mana keadaan ibu masa tu ;) Sorang-sorang je ^_^

Bila dah tinggal di Melaka, RIDER sejati dah bertukar.
Dia tak bagi dah ibu bawak motor. Katanya "sayang bini" :) hahaha
Allahuakbar... tu semua nikmat.
Tak semua orang rasa apa yang ibu rasa, maka itu nikmat Allah untuk ibu. Moga-moga, bila sampai 1 saat ibu dapat memakai kereta Vellfire, ibu tak lupa 'feel' menaiki motor tu :)

Apa pun, ibu nak bagi nasihat sikit...'merempit' biar dengan kekasih halal. Bawa motor jangan fikir diri sendiri je. Ingat juga orang lain ya ;)

---
Salam sayang dari ibu & ayah Damia

Thursday, February 25, 2016

Alhamdulillah. Semua Ini Adalah Rezeki Dari Allah..

Rezeki ni luas skopnya. Dan hari ini, ibu dapat belajar sesuatu yang amat berharga. Macam biasa, ibu suka nak kongsikan dengan u olls semua :)

Beberapa minggu lepas, ibu teringin sangat nak beli 1 buku nota. Harga ratus tauu ;) Bila ibu kira-kira, tak ada wang 'spare' untuk itu. Dan ibu cakap dengan suami, yang ibu nak sangat beli. Dan suami kata, "boleh in shaa Allah". Itu pun lepas dia dapat "ladang durian runtuh" hujung bulan nanti.

Hati ini memberontak, akal turut mengiakan. TAPI, ada secebis perasaan/rasa dari hati yang berkata "kalau ada rezeki, adalah tu" dan alhamdulillah, hati & akal turut akur.

Minggu berganti minggu dan sampailah hari ini. Agak terkejut bila dapat menghidu "something fishy". Bila kebenaran terserlah, ibu rasa teramat bersyukur pada Allah. MasyaAllah. Bergenang air mata ibu atas ingatan Allah pada ibu ;(

Ada beberapa pengajaran yang ibu belajar hari ini melalui peristiwa yang berlaku pada diri ibu.

1. TErdapat pelbagai cara untuk menjadi kaya harta. Tapi, biarlah mengikut cara yang betul. Biar lamabat kaya harta, asalkan jangan gunakan "transit" yang tidak berkat.

2. Tak semua orang kafir itu jahat. Ada juga yang baik. Jadi, sentiasa ingatkan hati supaya jangan label semua kafir itu jahat. Namun, dalam pada itu, kita haruslah BERWASPADA. 

3. Bila kita rasa susah sangat nak dapat sesuatu benda, mungkin Allah ingin lihat kita merintih, merayu LEBIH lagi padaNYa, atau mungkin Allah tahu itulah yang terbaik buat kita. Jadi, bersangka baiklah pada Allah kerana Allah itu Maha Baik dan Maha Mengetahui :)

Bagi ibu, ini adalah rezeki ibu dari Allah. Kerana telah bantu ibu dalam membuat keputusan yang baik, yang tidak mengikut akal dan hati semata-mata. Dan ini juga rezeki untuk ibu belajar dari peristiwa ini.


5 Cara Menjadi Kaya

Amboi... tajuk tak menahan. Layak ke tulis tentang tajuk tu? Dah cukup kaya ke? :) Oppss..
Baiklah. Ibu nak story sikit bagi lapangkan minda u olls semua tentang erti kaya.



Bila sebut tentang kaya je, mungkin ada yang menjurus kepada DUIT berjuta berbillion-billion, pakai KERETA MEWAH, tinggal di BANGLO 4 tingkat dan sebagainya. Itu betul. Tak salah pun. Tapi, yang sebenarnya kaya tu sangat subjektif dan luas maknanya. Saja ja letak gambar DUIT sebab tahu semua orang suka duit :) kannn???

Kaya yang lebih baik dan afdal ialah kaya jiwa, kaya mindanya. Ibu bukan pakar motivasi nak ulas banyak pasal ni, tapi, berdasarkan pengalaman ibu, kaya jiwa & minda ni memerlukan masa yang agak lama untuk develop. Orang lain, maka lainlah keupayaan, betul betul? Tapi, ibu suka kongsikan pengalaman ibu dengan u olls semua

So, macam mana cara nak kaya jiwa, kaya minda ni?

1. Monolog diri. Kalau dalam Shaklee, istilah ni di panggil 'rahsia cermin ajaib'. Cuba biasakan diri untuk bercakap yang baik-baik tentang diri kita depan cermin. Contohnya "aku sentiasa positif". Buatlah setiap hari. Cuba dulu dalam 3 bulan. Lihat, ada tak perubahan ;)

2. Bergaul dengan orang yang positif. Pilih kawan-kawan. Bukan bermaksud kita perlu tinggalkan orang yang negatif tau. Maksud ibu, make sure circle positif lebih dari negatif.

3. Baca buku-buku ilmiah. Bahan-bahan ilmiah ni banyak. Ada berbentuk fizikal, dan yang glamer sekarang ni, bentuk Ebook. Baca buku-buku yang dapat bantu kita pandang dunia ni di sebalik perspektif normal kita.

4. Hadiri ceramah motivasi/majlis ilmu dengan kerap. Ada orang, dia boleh membaca buku dan terus apply dalam hidup mereka. Tapi, ada juga yang perlukan kuasa aura dari orang lain untuk berubah. Haa... contohnya macam ibu. Bila pergi ceramah motivasi, fuhh... bergelora jiwa ni! Tak percaya? Korang cubalah. Tapi make sure dari penceramah yang terlatih ya :)

5. Kuasa DOA & SEDEKAH. Point ni sebenarnya memang yang paling utama. Saje je ibu letak no 5 sebab nak korang pahat dalam hati dan minda. DOA ni hebat sangat-sangat! Kita berdoa tak semestinya lepas solat atau bila nak tidur je. Tapi, apa yang kita lihat, dengar, cakap, sebut, sangkaan itu adalah DOA. Tak caya, p la tanya ustazah. Ibu ni ostajah ja :) hehehe... gurau-gurau je. Jangan marah ok ^_^
Last sekali... SEDEKAH. Sedekah dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah. Nak sedekah ni bukan tunggu kaya baru nak buat. Jika bukan sedekah wang, bolehlah sedekah ilmu, sedekah senyum, dan macam-macam lagi.



Ok. Sekian saja dari ibu. Kalau suka entry ni, jemput share. Nak copy ke blog u olls pun boleh asalkan tulis kredit okey! ;)




Wednesday, February 24, 2016

Shaklee Bagi Offer Tak Masuk Akal!

Rasa nak terjojol biji mata bila mentor Shaklee hantar whatsapp petang tadi. Mak aii. Biar betul Shaklee ni. Offer tak masuk akal langsung!



Ada ke patut, Shaklee nak bagi FREE 1 botol Vitamin C Sustained Release bila purchase ESP + Vitalea + Omega Guard. Tahu harga Vitamin C Shaklee?Hampir Rm100 tau. Tak takut rugi ke Shaklee oooiiii ;P

Tapi, dah Shaklee bagi offer gitu, korang sambar aje lah. Jangan menyesal pula kalau tak sambar. Nangis air mata darah pun ibu tak dapat tolong ^_^ 

Oppss...

Ada syarat SAH tau. Offer ini SAH pada 27 Februari 2016 hingga jam 5 petang sahaja. If u olls nak pre order, whatsapp ibu +60176460765. Nanti ibu berikan penjelasan lanjut ok ;)

Nak Buat Bisness Tapi...

Kos hidup meningkat. Nak berniaga, tapi macam-macam hal yang bersarang di otak ;(

"Akak nak buat bisness, tapi akak takut", "Saya tak tahu macam mana nak start", "Saya tak reti lah kak"



Percaya atau tidak, ibu pun macam itu juga ;) Tapi, percayalah... RUGI kalau berada dalam dilema macam tu lama sangat. Kita tak buat, tak cuba lagi, dah takut macam-macam... kesian kat diri sendiri.

Mengimbau semula detik pertama ibu melakukan bisness Shaklee ini, jangan anggap ia cukup mudah. U olls bayangkan..nak buat bisness online kononnya, Maybank2u pun tak ada tau :) hihihi. Satu KEPAKARAN yang ibu ada masa tu ialah TAIP STATUS di FACEBOOK. Lainnya, ZERO. Dalam bahasa Tamil, ELEK ;) Vavavaa... mentang-mentang ada abang ipar from India. Cakap Tamil pulak!:)

Ok.. Ni ibu nak bagi 3 tips PENTING kepada u olss yang takut nak mulakan bisness.

1) NIAT kena lurus.
NAk bisness mestilah nak duit, betul kan? Tapi, u olls kene ubah sedikit niat tu. NIATkan u olls nak buat bisness ni sebab nak bantu orang lain, nak tambah nilai hidup orang lain dan diri sendiri kerana Allah. Just tanya pada diri... "kenapa aku nak buat bisness ni?" "kenapa aku kena cari duit lebih"

2. Tolak perasaan MALU.
Bila tak tahu, kenalah belajar. Jangan shy-shy cat pula. CAri mentor. CAri orang yang dapat bantu u olls untuk faham selok belok bisness yang U pilih tu. Satu pendekatan oleh Puan Guru Ainon, BERKULI dengan orang lain. Let say, U nak buka kedai kopi. So, pergilah bekerja dengan tokey kedai kopi. Belajar selok belok uruskan kedai kopi dengan tokey tu.

Macam ibu, ibu pilih bisness Shaklee. Yang bestnya join Shaklee ni, training PERCUMA oleh mentor dan syarikat. Just cakap je "saya nak cari duit tepi rm100 dengan Shaklee, akak tolong ajarkan ya". Confirm! Mentor akan ajar. Tapi, tengoklah juga siapa mentor U ;)

3. Berfikiran POSITIF
"Siapa kita hari ini adalah dengan siapa kita berkawan 5 tahun lepas. Siapa kita 5 tahun akan datang ialah dengan siapa kita berkawan sekarang". Awal-awal dulu, ibu suka sangat fikir negatif, suka sobotaj diri sendiri. Kemudiannya, ibu cuba dekatkan diri ibu dengan orang-orang yang positif. . Cara yang boleh membantu U olls positif ialah dengan solat, zikir, doa, menghadiri majlis ilmu. Dan ibu juga selalu BERSIHKAN rakan-rakan di Facebook. Bila jumpa status yang negatif, ibu akan hidekan status tu.

Oklah...sampai di sini dulu.
In shaa Allah, di masa akan datang, ibu akan kongsikan lagi tips-tips lain.
Tukar dari CANT kepada CAN do it!



Jika berminat untuk dapatkan side income dengan Shaklee, baca link entry Nak Join Shaklee!

Nutriferon Shaklee - Penemuan Terunggul Dalam Bidang Imunology

Alhamdulillah. Settle online class dengan Puan Sarah Nutritionist Shaklee di group telegram Jelita Jutawan Shaklee. Banyak input best dan ibu suka nak kongsikan dengan u olls semua.

Bila cerita tentang Nutriferon, produk ini menjurus kepada pertahan sistem imun. Jadi, u olss mesti tahu apa itu sistem imun. Secara ringkasnya, sistem imun ini adalah sel khas yang memberikan respons terhadap benda asing seperti bakteria, virus, dan toxin.


Sistem pertahanan/sistem imuni kita ni bekerja 24 jam. Jadi, adakalanya ia tidak mampu menangkis serangan patogen akibat sistem imun yang lemah. Antara faktor yang boleh melemahkan sistem imun ialah gaya hidup yang stress, kurang tidur, pemakanan dan sebagainya.

Menyedari hakikat ini, 1 penyelidikan terulung oleh Dr Yasuhiko Kojima selama 40 tahun, telah menghasilakan 1 produk iaitu Nutriferon. Penemuan ini telah menggemparkan bidang imunology kerana sebelum ini, inteferon hanya di gunakan sebagai ubat untuk merawat kanser, hepatitis dan HIV. Haa... dahsyat kan ;) 
Inilah produk yang gempaq tu. Nutriferon Shaklee
Ini rupa granules Nutriferon Shaklee.


Bagaimana Nutriferon bertindak?

Nutriferon Shaklee ni akan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi. Interferon ni macam sel partahanan pada sel imun tu. Kiranya, patogen kena 'hadap' dengan interferon dulu sebelum serang sistem imun kita. U olls tengok gambarajah kat bawah ni sure u olls faham :) 


Siapa yang perlukan Nutriferon ni?

- Kanak-kanak sebab imun sistem kanak-kanak lemah berbanding dewasa
- Orang dewasa yang sihat/punyai low imuniti
- Warga emas
- Pesakit kanser* yang dalam proses pemulihan

Nutriferon bukan orang yang sakit je boleh consume tau. Orang yang sihat pun boleh ambil. Lagiii bagus. Tapi, dosenya berbeza-beza ikut keadaan/tahap kesihatan seseorang tu ye. Bukan boleh ambil sesuka hati ^_^ Bab ni, ibu akan kongsikan sewaktu konsultasi ok ;)

Anyway, ni ibu nak share apa kata pengguna Nutriferon.


Ada yang nak cuba Nutriferon untuk orang tersayang? Whatsapp ibu +60176460765. Ok ;)

Tuesday, February 23, 2016

Tips Handle Diri Bila Anak Bikin Hati Panas

Damia tak sekolah hari ni. Masih lagi kurang sihat. Tidur malam pun tak lena. Batuk bukan main kuat lagi.

Tapi, walaupun tak sihat, Damia ni aktif sungguhhh laa.. ibu buat kerja, dia pun sama "bekerja". Dah siap kemas rumah, dia pun "kemas" juga. Sudahnya, habis tunggang langgang semua benda. Bila jadi macam ni, mulalah. Si "tanduk" pun mencucuk-cucuk nafsu amarah.

Sometimes ibu pun tak dapat nak control juga. Ye lah, suri rumah ni kerja tak pernah settle. Ada saja yang menunggu. Di tambah pula dengan urusan bisness. Memang ada kalanya tewas juga dengan nafsu amarah tu ;(

NAmun begitu, seboleh-bolehnya, ibu akan cuba untuk tundukkan gelodak amarah tu. Entry kali ni, ibu nak share pengalaman ibu handle diri bila Damia bikin hati ibu panas

1) Bila perasaan membuak-buak nak marah, ibu akan ubah posisi (dari duduk kepada berdiri, dari berdiri kepada duduk).
2) Ingat Allah dengan beristigfar sebanyak mungkin
3) Basuh muka untuk release stress
4) Recall kembali detik-detik indah bersama Damia
5) Bermonolog dengan diri sendiri. Ibu akan cakap "Allah nak uji kesabaran aku ni... sabar Ana. Sabar"

Gambar Damia sewaktu 2 jam selepas lahir. Bikin hati Ibu cair bila tengok gambar ni :)

Satu keadaan di mana dahulunya ibu selalu hilang kesabaran ialah apabila DAmia menangis kuat (kerana mahukan sesuatu) dan tak mahu/sukar di pujuk. Yang ini memang ibu kalah. Si "tanduk" tu memang suka bab gini. Tapi alhamdulillah... sekarang ibu sudah mampu handle diri ibu.

Bila jadi macam tu, ibu akan tinggalkan DAmia seketika untuk dia menangis sepuas-puasnya. Tapi, ingat ya. Jangan lama-lama sangat. Macam Damia ni, dalam 5 minit tu, atau bila suara tangisan dia ada menurun sedikit, then ibu akan datang dan peluk dia sambil ucap "Ibu sayang Damia". Dan alhamdulillah, setakat ini teknik ini berkesan!

P/S : Apa pun, sebenarnya, kita perlu selalu ingat yang anak ini adalah amanah dari-Nya ;)

Lucu bila ingat moment ni ;)






Jangan Mulakan Bisness Masa Ekonomi Jatuh!

Adui! Seramnya baca statement Tuan Faisal Abdullah dalam majalah WANITA. Macam nak luruh jantung! Dah la macam-macam kos meningkat sekarang ni. Harga barang keperluan naik, upah baby sitter pun naik! Habis tu macam mana ni???


kredit gambar : FB Tuan Faisal Abdullah


Ok2..sabar-sabar.
Tarik nafas dalam-dalam dan cuba relax ;)

Actually statement itu tidak sohih 100%. Mengikut bicara Tuan Faisal dalam wawancara tersebut, statistik menunjukkan, beberapa syarikat gergasi mula berkembang ketika ekonomi gawat seperti KFC, Microsoft ! Apa yang penting, sebelum memulakan bisness, perlu ada strategy, elmu dan mentor. Dan of coz, perlu ada tindakan.

Tapi, ibu nak ingatkan juga. Zaman-zaman gawat ni banyak muncul skim cepat kayap. Dari pemerhatian ibu dan juga dari ilmu-ilmu dari mentor bisness serta pengalaman rakan, beberapa tips untuk kenal pasti skim cepat kayap ni.

+ Tidak menekankan tentang jual beli produk (produk hanya samaran)
+ Tonjolkan kemewahan secara berlebihan seperti tunjuk bank statement berpuluh ribu, posing dengan kereta/rumah mewah, pegang duit berjuta-juta!
+ Terlalu kerap bercerita tentang duit, duit, untung, dan untung berlipat kali ganda.
+ Untung cepat dan banyak bila lakukan bank loan/daftar dengan modal puluhan ribu.

So, hati-hati ye kak long, abang long.
Jangan termasuk dalam bisness yang bakal tersontot!

P/S : Buat bisness Shaklee je kak long, abang long. Modal bawah rm100, tak perlu simpan stok yang banyak. Asalkan tahu bercakap, ada skill update Facebook/instagram/blog cukup dah :) If tak tahu, ibu boleh ajar ;)

Baca entry --> Nak Join Shaklee?






Kenapa makan macam-macam produk tapi tak de effect?

Beli produk mahal-mahal. Dah makan sebulan, dua bulan, tapi langsung tak nampak hasil! Geram je rasa. Kata produk bagusss sangat!"

Pernah tak, u olls alami situasi di atas tu? MEsti rasa macam tertipu kan. Macam-macam perasaan timbul!

Ada yang terus putus asa.
And ada juga yang blame produk!Huhuhu...

Ok. Ni ibu nak cerita dengan u olls..

Salah satu sebab u olls tak dapat effect yang korang nak tu ialah banyak endapan toxin dalam badan .
Penyerapan segala khasiat vitamin, mineral berlaku di usus kecil. Tapi, oleh kerana toxin terlalu banyak, so penyerapan segala khasiat makanan atau produk yang u olls makan tu pun akan terjejas. Sia-sia je beli produk mahal-mahal, tapi keluar jadi najis. Itu boleh maaf lagi. Tapi, TOXIN dalam badan ni boleh sebabkan banyak penyakit kronik.



Ibu ada produk yang boleh buang toxin dan cuci usus serendah rm0.80 je sehari .

--> Dijamin selamat
--> Berkesan
--> Semula jadi

Produk yang di maksudkan ialah HERBALEX!

Actually, ada beberapa produk Shaklee untuk detox yang u olls boleh cuba . Tapi HERBALEX ni memang u olls MESTI ambil. Effect dia superbbbb! Memang syiok habis! Memang legaa usus kena cuci ;) hihihi

So, bagi yang ada masalah sembelit, atau dah give up kenapalah makan produk semua tak tunjuk kesan positif, sms/whatsapp +60176460765. Itu pun if u olls nak buang endapan toxin tu. Ok! :)

#nordiyanajamal

Monday, February 22, 2016

My 1st Experience In ‪Street Dakwah‬.

Alhamdulillah, 14 Februari 2016 yang lepas, ibu join 1 aktiviti NGO berdaftar (Malaysian On Covering Aurah) di bawah Pertubuhan Kebajikan Aurat MAlaysia. So, ibu kongsikan sekali lagi sedikit pengalaman ibu tempoh hari dalam blog ibu ni

Alhamdulillah, rasa seronok sangat dapat jalinkan ukhwah dengan team MOCA. Banyak yang ibu belajar dengan diorang yang mostly nya pangkat adik-adik.
Kalau nak cerita semua pengalaman ibu, terlalu banyak. Ada perasaan suka, sedih, dan tersentuh hati. Siapa kenal ibu, mesti tahu ibu ni jenis yang suka share experience diri sendiri. Tapi, cukuplah ibu share beberapa saja pengalaman ibu.

Ibu rasa sangat bersyukur dan gembira kerana ramai yang berikan kerjasama. Baik warga Malaysia mahupun foreigners. Diorang semua baik-baik. Mereka sangat supportive & peramah.

Namun, yang sedihnya, ada pasangan dan family Islam yang lari bila kami hampiri. Macamlah kami ni datang nak tangkap basah :) hihihi. Tak apa. Mungkin mereka belum faham. Ibu doakan yang terbaik untuk mereka in shaa Allah.

Tapi, yang ibu sedih + tersentuh hati tu, sebab Damia sedih dan hampir menangis kerana ada pasangan Islam yang menolak dengan tidak mesra semasa kami ingin terangkan tentang aurat. Ibu memang sudah biasa terima penolakan. Dalam bisness banyak mengajar ibu untuk berlapang dada dan memakai "topeng" untuk sembunyikan perasaan tu. Tapi tidak bagi kanak-kanak. Jika mereka sedih, mereka akan terus tunjukkan emosinya.
Damia ingat peristiwa tersebut dan ceritakan pada ayahnya. "Mia sedih. Ada orang tu lari". Jika anak kecil ini sudah terasa sedih dengan penolakan itu, bagaimana pula Rasullullah S.A.W jika melihat keadaan umatnya di zaman kini ;(

Apa pun, ibu bersyukur. Banyak pengalaman yang ibu dapat. Moga-moga pengalaman ini dapat mentarbiahkan diri ibu sendiri agar sentiasa menjaga aurat, berubah kepada kebaikan dan moga istiqomah dalam mencari redha Allah.
Terima kasih team MOCA Melaka. In shaa Allah tahun depan pasti join lagi.

Enjoy a few moment on that day ;)















Jom LIKE Fb page : MOCA- Malaysian On Covering Aurah dan MOCA Melaka sebagai tanda sokongan :)


#nordiyanajamal
Agen Shaklee Melaka
+60176460765

Blog baru!

Assalammualaikum. Selamat petang :)

Ibu nak ucapkan selamat datang pada u olls ke blog ibu. Blog lama caramudahhamil.com masih on, cuma ibu saje-saje nak ubah angin "merepek" di blog baru ni :) hehehe...

So, mesti u olls tertanya-tanya, apa pengisian ibu dlm blog ni? Ermm.. well... nothing new. Still like to share about my life, about Shaklee, health tips dan so on. Nanti, rajin-rajin lah baca "celoteh" ibu kat sini ye. In shaa Allah, akan ada contest/give away untuk korang join. Di instagram ibu nordiyanajamal give away sedang berlangsung. Jemput join ya.

#nordiyanajamal