Wednesday, April 13, 2016

Beza LDL dan HDL Yang Perlu Anda Tahu

Pernah dengar LDL dan HDL? Para doktor dan misi-misi sure arif sangat pasal ni kan ;) Bagi yang tak tahu, ibu akan share dengan uolls. Baca sampai habis tau.

1st thing yang uolssperlu tahu, LDL dan HDL ni bukan orang ataupun alien :) Tapi, 2 benda alah ni ialah jenis kolestrol. Nama panjang LDL ialah Low-density Lipoprotein, HDL pulak High-density Lipoprotein. Tahap LDL yang tinggi tak bagus ye. LDL dan HDL perlu seimbang (dalam paras normal).



Info yang perlu uolls tahu bacaan normal:

Total kolestrol kurang dari < 5.2mg/dL
LDL kurang dari < 2.6mg/dL
HDL lebih dari > 1.0mg/dL

Nota kecik : Jika tahap total kolestrol tinggi di sebabkan oleh tahap LDL yang tinggi, seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung dan stroke.

"So ibu, macam mana nak tahu tahap kolestrol ni?"
"Senang aje. Ukur dengan pembariss laaa" (hehehe. Gurau je ni..)

Ni jawapannye.

Untuk cek kolestrol, kena cek darah. Boleh cek kat hospital kerajaan atau pun swasta. Kene puasa dulu tau untuk cek. Baru accurate. If uolls nak cek total kolestrol je, boleh beli device tu kat mana2 farmasi. Atau pun kalau nak free, datang je health wellnest yang Shaklee buat :)

Kat bawah ni ada contoh lab test kolestrol. Dari hospital mana tak tau sebab ambil kat pak cik google. Tapi same je mana-mana hospital pon. Tak de banyak beza. Cuma normal range diorang tu ade la +- sikit.


Fuhh tinggi tu. Kena jaga makan nie...
Oklah. Hopefully uolls belajar somthing dari entry ni. Nanti ibu share tips untuk turunkan kolestrol ok ;)
Nordiyana Jamal
Bekas nurse IJN/Pantai Hosp Melaka
Pengguna/Agen Shaklee sejak 2012
0176460765







Tuesday, April 12, 2016

5 Cara Atasi Sembelit Ketika Berpantang

Lepas bersalin ni, kebanyakkan mommies takut nak membuang najis sebab takut nak teran. Takut jahitan tertetas. Baik yang bersalin normal mahupun yang operate.

Lebih memburukkan lagi keadaan, bila ada mommies yang tak minum air 3 liter sehari sebab ada petua kata tak boleh minum banyak- nanti luka basah, lambat baik. Tapi sebenarnya, itu yang membuatkan najis jadi keras.



So.. apa solusinya?

Ok. Bawah ni ada beberapa tips atau cara atasi sembelit yang boleh mommies amalkan mengikut pengalaman ibu & juga ilmu hasil pembacaan.

1. Mesti minum air 3 liter sehari
- ibu tahu, memang ada sesetengah orang lama yang suruh mommies untuk pantang air. Jadi, mommies perlu bersedia untuk fahamkan mereka. Beritahu mereka bahawa minum air masak yang mencukupi penting untuk memastikan bendalir dalam badan kita cukup. Apabila mommies kerap ke toilet, pastikan mommies lap luka bersalin hingga kering.




2. Diet yang seimbang
- mommies, berpantang sebenarnya tidak menyekat kita untuk dapatkan diet yang seimbang. Makanan yang berserat seperti oat, nestum dan sebagainya boleh di ambil.



3. Jangan bertangguh
- Bila sampai waktu untuk mommies tunaikan hajat, jangan bertangguh. Jika mommies bertangguh, najis akan menjadi keras.

4. Lakukan pergerakan
- Mommies perlu bergerak/berjalan walaupun sedikit kerana ia dapat membantu pergerakan najis ke usus besar.

5. Penggunaan tandas duduk
- Tandas duduk dapat membantu mommies untuk membuang najis dengan baik tanpa perlu meneran dengan banyak. Dan ia juga dapat mengurangkan risiko jahitan terkoyak.

Sekiranya, mommies masih mengalami sembelit, terus berjumpa dengan doktor ya. Biasanya doktor akan berikan ubat laxatives seperti luctolose atau jika kronik, doktor akan berikan enema.

Alhamdulillah. Sewaktu ibu berpantang, ibu tidak mengalami masalah sembelit. Memang ibu mengamalkan tips-tips di atas. Dan ibu juga consume Alfalfa Shaklee untuk bantu melembutkan najis.

Alfalfa Complex mengandungi  pottasium yang membantu untuk melembutkan najis dengan membantu menyerap air di usus kecil. Baru-baru ni, ibu dapat testimoni dari Kak Sara - pengguna Alfalfa ketika berpantang.



Psst : Ada bonus untuk mommies tau. Alfalfa ni bantu untuk meningkatkan susu ibu juga :)

Harga Pasaran: Alfalfa Large : rm 103.35 , Alfalfa Small rm56.98
Harga terbaik dari ibu --> whatsapp okeh ;)

Nordiyana Jamal
Pengguna/Agen Shaklee sejak 2012
0176460765



Monday, April 11, 2016

Damia Suka Melaram Jadi Pengantin

Lepas COD Shaklee pada customer di Tanjung Minyak, kami ke Tesco Cheng. Konon-konon nak beli botol air damia yang dah pecah tu. Sekali entah macam mana masa nak balik tu, tersinggah kedai tudung. Ibu tengok tudung halfmoon tu rm5. Ibu tanya Damia "Damia nak ni?". Laju aje dia angguk ;)

Damia memang suka berangan jadi pengantin. Katanya dah besar nanti nak jadi IBU, nak kawen dengan ayah :) Yang ni memang tak boleh blaa :) hihihi

Apa pun, tadi Damia melaram sakan tudung tu. Ni antara aksi-aksi Damia...

Crown dah patah tuuu Damia ;)

Ada ke pengantin buat gaya gini???

Actually Damia nak tiru gaya Dato Vida ;)

Ni senyum malu-malu :) hihihi


Thursday, April 7, 2016

Kenali Big Why Untuk Motivasikan Diri

Decide nak buat bisness? Alhamdulillah. Niat yang baik tu. Ibu doakan urusan u all di mudahkan Allah.

Dalam bisness ni, macam-macam dugaan dan halangan yang harus kite tempuh. Dan ada sesetengah orang, baru 2/3 bulan buat bisness dah putus asa. Well, ibu pun pernah rasa macam tu, tapi, bila lihat semula MENGAPA ibu buat bisness pada awal-awal dulu, alhamdulillah ibu dapat bangkit semula. Itu sebabnya sangat penting untuk kita kenal pasti BIG WHY.


Apa yang di maksudkan dengan BIG WHY?


Dalam kite lakukan sesuatu, tak kiralah bekerja atau pun berniaga, kita pasti sudah ada SEBAB mengapa kite perlu lakukan sedemikian.

Contohnya, kita perlu bekerja atau berniaga untuk bantu suami menampung keperluan hidup atau pun, perlu berniaga demi membayar yuran pengajian anak. Jadikan itu SEBAB itu sebagai BIG WHY anda. Namun begitu, elakkan menetapkan DUIT sebagai BIG WHY yang utama. Fokus utama kita dalam menetapkan big why ini adalah untuk membantu insan lain atau memberi manfaat kepada orang lain kerana Allah. Niat kena lurus ya ;)


Mengapa perlu kenal pasti BIG WHY?


Bila kita dapat kenal pasti BIG WHY :

  • secara automatik, kita akan punyai semangat yang luar biasa.
  • membuatkan kita lebih fokus dalam menyesaikan sesuatu tugasan
  • dapat mendisiplinkan diri kita demi mencapai matlamat
  • tidak mudah berputus asa bila dugaan/cabaran hadir
  • mencari solusi apabila cabaran datang

Oklah. Sampai sini dulu ya.
Moga-moga entry ini dapat memberi manfaat kepada U all semua. In shaa Allah.




Nordiyana Jamal
Pengguna/Agen Shaklee sejak 2012
0176460765

Testimoni Omega Guard dan Meal Shake Untuk Kanak-kanak

Pernah dengar orang alah dengan bulu kucing?

Memang ada tau orang alah pada bulu kucing ni. Asyik bersin aje. Lagi teruk, ia boleh trigger astma. Astma ni jangan buat main-main tau. Boleh jadi life treathening condition. Kalau puff pun tak jalan, nampak makin susah nak nafas, memang kene ambil nebulizer kat hospital.

Nak elak astma ni cara dia senang je, elakkan trigger factor. Kene alertlah apa trigger factor dia. Contohnya macam bulu kucing ni. Kene jauhkan dari kucing ;)

Tapi, kalau dah minat dengan kucing tu, memang susah kan ;) Macam anak kak Syiqin ni. Sayang sungguh dia dengan kucing. Kucing kan haiwan kesayangan Rasullullah (bacalah selawat).

Jadi, Kak Syiqin pun cuba ikhtiar dengan makanan tambahan Omega Guard & Meal Shake + Vivix. Mula consume sejak 2 tahun lepas.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, lepas consume Omega Guard, Meal Shake & Vivix, kesihatan anak kak Syiqin ni semakin baik.



Memang teruja baca feedback kak Syiqin kan ;) Memang dia happy sangat tengok kesihatan anak dia improved.

Mesti U all tertanya, apa manfaat Omega Guard & Meal Shake hingga membantu anak Kak Syiqin sihat? Ok. Ibu terangkan serba sedikit mengenai manfaatnya di bawah ni.

Manfaat Omega Guard

Omega Guard Shaklee sebenarnya minyak ikan. Minyak ikan kaya dengan Omega 3 iaitu EPA dan DHA. Omega 3 ni membantu untuk :
  • Meningkatkan kekebalan sistem imun badan (means badan kita kuat untuk melawan jangkitan kuman)
  • Bantu dalam perkembangan otak (kajian menunjukkan 40% pelajar yang ambil Omega 3, menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran ; membaca, mengeja, dan tingkah laku-sumber : learningfundamental.com.au)
  • Bersifat antiradang (jadi, ia dapat mengurangkan risiko alahan, eczema dan sebagainya)


Manfaat Meal Shake

Meal Shake ni multivitamin berbentuk serbuk (perlu di bancuh) yang sangat lazat. Ia mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu termasuklah :
  • vitamin A,C,E,zink & silenium yang merupakan antioksida yang baik untuk bantu melawan jangkitan
  • Asid folik, biotin yang membantu tumbesaran kanak-kanak
  • Vitamin B yang lengkap dengan zat besi yang penting untuk membina sel darah merah
  • Protein yang membantu menghasilkan sel-sel baru
  • Kalsium untuk membina tulang yang kuat


"Ibu, saya berminat nak cuba untuk anak saya sebab dia selalu demam. Berapa harganya?"

Harga retail Omega Guard rm 144.16 dan Meal Shake rm120.58. Tapi, ada tawaran hebat untuk U. Terus whatsapp ibu untuk diskaun ok ;) By the way, ibu nak khabarkan. Bulan April ni ada promosi Omega Guard yang MURAH GILER! Nak tahu berapa? wassap lerr ;)

*** Cerita tentang VIVIX, ibu kongsikan di lain entry. Sebab ada TESTIMONI dari Kak Syiqin jugaa ;)

Nordiyana Jamal
Pengguna/Agen Shaklee sejak 2012
0176460765



Wednesday, April 6, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Pertama (Part 1)





Beberapa hari lepas, dalam group whatsapp ada bercerita tentang pengalaman bersalin, tips serta doa yang boleh di amalkan sewaktu bersalin. Teringat pengalaman ibu sewaktu nak bersalinkan Damia. Rasa lucu pun ada bila teringat ;) Entry kali ini, ibu kongsikan pengalaman ibu. Next entry, in shaa Allah, ibu akan kongsikan pengalaman beberapa orang rakan karib ibu pula ")

Damia lahir pada 19 Oktober 2012. Hari Jumaat, jam 1.05 pagi di Hospital Melaka. Sebenarnya ibu dah sakit petang rabu (17 oktober) tu. Lepas balik kerja, rasa ngilu kat pinggang. Siap boleh update status kat FB "rasa contraction macam mana ek?" haa... lebih kurang gitulah :) Then, ibu terus mesej suami. Suami kata, pergi minta MC kat doktor 2 or 3 hari, dia akan datang ke KL malam ni untuk fetch ibu. Ingat lagi, masa tu hujan. Jam 9 malam, kami terus balik Melaka. Sebab jam, kami rehat di R & R Seremban. Sakit dah makin kuat. Suami dah risau takut bersalin kat situ. Hahaha. Lawak lahh bila ingat muka cuak dia.Hihihi ;)

Alhamdulillah, jam 1 pagi kami sampai rumah di Asahan. Sakit dah ada, tapi tak terus pergi hospital. Plannya, jam 8 pagi nanti nak pergi jumpa doktor Vincent (doktor pakar). So, kami pun pergi jumpa doktor tu pagi tu.

Rasa nak terkeluar jantung ni doktor kata air ketuban dah tinggal separuh aje. Tapi baby still ok. Doc tanya, nak bersalin kat swasta ke goverment? Ibu terus cakap bersalin kat goverment, walaupun IJN ada peruntukkan rm2500 untuk bersalin. Kami tunggu lama di klinik untuk cek. Alkisahnya tak tahu prosedur sebenar. Sepatutnya boleh terus ke dewan bersalin untuk cek kat sana. Kami pula, pergi klinik out patient.

Masa scan, baby still ok dan pintu rahim pun dah buka 2 cm. Doktor kata terus pergi masuk dewan bersalin, maybe kena induced. Allah... hati ni dah dup dap dup dap. Risau sangat kene induced. Takut sakit. Masa ibu checked in kat dewan bersalin, sakit makin teruk. Nurse tanya, "ada minum air selusuh ke?" Ibu cakaplah ya... then dia kata, better jangan ambil air selusuh tu awal2. Nanti sakit teruk. Ibu memang tak tahu menahu bab ni. So, diam ajelah ;). Jam 6 petang tu sakit dah makin kuat. Bila cek, baru 4cm. Tapi doktor kata tak perlu induced.

Masa dah 5-6 cm tu, sakit makin teruk. Nurse bagi IM Pethine. Macam tak jalan je rasa. Sebab masih sakit sesangat. Then, sebab tak boleh nak tolarate dengan sakit, doktor bagi lagi 1 injection Pethedine. Dah buka 8 cm, ingat progress makin laju, tapi, pintu rahim tak juga buka. Elok2 dah tolak ke bilik bersalin, kena keluar semula sebab ada ibu yang nak bersalin. So, tunggu lagi...

Masa tunggu tu, kena hidu gas entonox. Tapi, oleh kerana masa tu ibu demam selesama, entonox tu langsung tak bagi kesan. "Tak ade function..tak ada function.." itulah yang ibu selalu sebut depan suami. Sampai sekarang jadi bahan gurauan suami untuk sakat ibu ;) hihihi

So.. Sebab letih sangat, ubat pethine kali ke dua pun dah bertindak, rasa mamai aje masa nurse dan doktor suruh teran. "Nordiyana... U kena push sekarang! Tarik nafas dalam2, lepas, tarik nafas and pushhhhh!" Kalau tak silap, 3 kali teran (dengan muka yang bertukar merah hitam sebab pushh sekuat hati), kepala baby dah keluar sikit. Ibu ingat doktor panggil suami, tanya "kepala baby dah ada ni... berani nak tengok??" Suami ibu kata "tak berani" :) hihihi. Doktor kata, kalau tak berani, duduk kat sisi isteri, pegang tangan dia. Dan alhamdulillah, beberapa minit lepas tu, dengar baby mennangis. Ibu pun turut menangis ;)

foto Nur Damia Humaira' lepas 2 jam di lahirkan ke dunia ;)

Doktor and nurse kata "muka dia serupa ayah dia". Semua ucap tahniah ;) Ibu pulak banyak kali ucap terima kasih kat team yang handle ibu. Seriusly sebak rasa time ni.

Foto ni ibu ambil masa dah discharge. Like father like daughter kannn ;)

Foto Damia join street dakwah bersama MOCA Melaka 14 Februari 2016

Allahuabar.
Rindunya saat-saat melahirkan baby. Dah 4 tahun pun kenangan tu. Tapi masih segar lagi dalam ingatan ibu. Detik pertama kali bergelar ibu ;) U all punya pengalama macam mana? Kalau sudi, sharelah dengan ibu di ruangan komen :)

Tuesday, April 5, 2016

Kenapa Vitamin C Shaklee 500mg?

Kenapa bukan 1000mg???


.
Ramai yang nak cantik cepat dan nak kesan yang cepat.sebab tu ramai nak cari Vitamin C 1000mg
Betul memang bagus dan sangat hebat Vitamin C 1000 mg. Tapi, mungkin ada yang u all tak tahu tentang vitamin C ni!

Vitamin C adalah vitamin larut air. Bila kita makan Vitamin C, badan kita akan serap apa yang sempat dan diperlukan pada masa itu. Yang lain-lain ke mana? Yang lain-lain tu, akan keluar/flush out melalui air kencing. And for your informations, badan kita ni boleh serap maksimum 200mg vitamin c sejam je tau

Ibu ada senario untuk bagi u lagi faham.

Katakan U kita beli Vitamin C 1000mg RM1. sebiji. Oleh kerana badan kita boleh serap maksimum 200mg vitamin C, makanya, 10 sen aje diserap dalam badan, lagi 90 sen keluar ke dalam air kencing. Haa... faham faham?
.
Sebab tu Shaklee sediakan Vitamin C 500mg BESERTA dengan SUSTAINED RELEASE.
.
Apa isteimeswanya sistem SUSTAINED RELEASE ini?
.
Dengan sistem ini, hanya 100mg Vitamin C akan dilepaskan dari tablet setiap sejam. Lapisan demi lapisan Vitamin C diurai dan dilepaskan. Badan akan serap 100mg setiap jam. Jadi satu tablet akan meyediakan 100mg selama 5 jam. So, tak adalah terbazir aje Vitamin C tu.
.
So, U all, buat lah pilihan yang bijaksana lagi cerdik pandai. Pastikan ada nilai untuk setiap wang U.
.
Psst : Ibu bisik harga ya. Actually harga sebiji Vitamin C Shaklee tak sampai RM1 pun. Sebotol ada 180 tablet tau. Memang murah dan gerenti mampu milik! OFFER TERBAIK HARGA RUNTUH VITAMIN C hanya sepanjang March 2016 ni. Wassap ibu untuk info lanjut.

Nordiyana Jamal
Pengguna Agen Shaklee sejak 2012
0176460765

.


Monday, April 4, 2016

Testimoni Set Kesuburan Shaklee



Kelmarin ada membelek "see your memories" di FB ibu. Terus nampak testimoni set kesburan Shaklee dari sepupu ibu 1 tahun lepas. Tahun ni punya kisah, sepupu ibu ni dah selamat pun lahirkan anak lelaki yang comell. Sekarang MASIH consume produk Shakee sebab TERNYATA selamat, berkesan dan doktor pun kata SHAKLEE BAGUSSS :)

U all bacalah selanjutnya cerita tahun lepas ni :)

---

Nak share testimoni sepupu saya ni. Last year (dalam bulan October 2014); dia ada tanya saya tentang set kesuburan Shaklee. Saya suggest dia ambil Vitalea, GLA dan Vitamin C. Lepas tu, bulan 11, dia ambil alfalfa & lecithin untuk bantu kawal berat badan. Suami ambil zinc & vitamin E.

Syukur alhamdulillah, sekarang dah pregnant dah 3 bulan :). Then, dia buat cek up dengan doktor Vincent (Pakar O & G) --> doktor yang sama merawat saya. Doktor tu tanya " why you tunggu sampai 2 tahun baru nak pregnant ?" --> because my cousin ni dah 41 tahun this year, dia ada anak seorang umur 2 tahun..

Then she said, yang dia memang tak rancang. But after she consume "pill kesuburan" then only she gets pregnant. Doktor Vincent tanya " You makan apa?". Cousin saya cakap la SHAKLEE :). Doktor kata "Shaklee MEMANG BAGUS"... Lepas tu my cousin cakap yang dia nak continue makan Shaklee semasa hamil ni. Doktor cakap boleh teruskan makan :).
.
Alhamdulillah. Really happy for her. Hopefully kesihatan beliau & kandungannya sihat.

------
Habih dahh ;)

Nak cuba hamil juga?
Ibu boleh bantu berikan suggestion terbaik untuk U :) Terus whatsapp ibu ok!

Nordiyana Jamal
Pengguna/Agen Shaklee sejak 2012
0176460765



Saturday, April 2, 2016

Tips Atasi Masalah Hb Rendah

U all sure pernah dengar perkataan "hb" ni kan? Lagi-lagi, wanita yang pregnant. Kali ni ibu nak cerita lebih lanjut tentang hb ni. Tapi bukan hb yang brand pensel tu taw ;) hihihi. Hb yang ibu nak cerita ni ialah hb, Hemoglobin.

Secara ringkasnya, fungsi Hb ni adalah untuk angkut oksigen ke seluruh badan kita. Oksigen penting tak? Pentingkan. Thats why kita kena maintained hb kita in normal range, lebih-lebih lagi wanita hamil.


AWAS JIKA PUNYAI SIMPTOM DI BAWAH


Since hb ni penting, ada beberapa simptom yang mungkin menunjukkan U kekurangan hb. So, make sure U alert if U ada simptom-simptom di bawah ni.

  1. Cepat rasa letih, sering pitam
  2. Nampak pucat, sukar bernafas/sesak nafas
  3. Rasa loya 
  4. Jantung berdegup laju (berdebar-debar)
  5. Kerap pening dan sakit kepala

Maybe U tertanya-tanya, apa punca yang boleh menyebabkan kekurangan Hb ni? Secara amnya, kekurangan hb di sebabkan oleh :

  • Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik dalam diet harian
  • Mengalami kehilangan darah yg banyak (seperti buasir atau ketika haid)
  • Menghidapi Thalassemia
  • Ibu yang kerap bersalin (jarak antara anak dekat)
  • Menghadapi penyakit seperti Malaria dan penyakit barah

If U punyai simptom-simptom kekurangan hb, dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor. Doktor akan jalani ujian darah. Jika tidak terlalu serius, doktor selalunya akan nasihatkan U untuk jaga pemakanan dan consume vitamins. Kat bawah ni ibu serta beberapa tips atasi masalah Hb rendah

TIPS Atasi Masalah Hb rendah:


  1. Dapatkan rehat serta tidur yang mencukupi. 
  2. Pastikan makan makanan dengan diet harian seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, daging merah, hati dan lain-lain yang tinggi dengan zat besi
  3. Elakkan dari mengambil Zat Besi bersama Kalsium kerana Kalsium akan menganggu pengambilan zat besi yg maksimum. Boleh ikhtiar dengan mengambil Vitalea Shaklee setiap hari. [Vitalea dilengkapi dengan formulasi zat besi ]
  4. Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras Hb yg normal di dalam badan. Asid Folik boleh diperolehi dari Vitalea dan B complex Shaklee.
Oklah. Itu saja untuk entry kali ni. Hopefully bermanfaat untuk U all semua. If berminat nak tambah Hb dengan produk TERBAIK dari Shaklee, terus whatsapp ibu ok ;)


Friday, April 1, 2016

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Sekarang ni Vitamin C berlambak-lambak kat pasaran. Ada yang minum, ada yang cucuk, ada macam-macamlah. So, apa keistimewaan Vitamin C Shaklee berbanding brand lain?


Banyakk keistimewaan dia tau. Ibu bukan cakap sebab ibu jual Shaklee aje tau, tapi melalui pengalaman ibu jugak. Masa study nursing dulu, ibu memang penggemar supplements vitamin C. Al kisahnya sebab ibu selalu demam. Jadi, doktor advised untuk consume Vitamin C. Dulu, ibu beli kat farmasi je. Sebelum join Shaklee, mana tahu ilmu pasal vitamin ni. Dalam nursing belajar basic sangat. So, ibu beli berdasarkan offer. Mana ada offer, itulah yang ibu pilih ;) hahaha

DI pendekkan cerita, ibu pernah try 3-4 brand vitamin C kat pasaran tu. Tapi, tak ada beza pun. Masih lagi mudah demam. Sampailah ibu jumpa Vitamin C Shaklee ni tahun 2012 sewaktu berpantang. Sejak ibu makan Vitamin C Shaklee, mom pun perasan, ibu jarang demam :) Alhamdulillah.

Oklah. Sebelum cerita lebih panjang, ni ibu nak kongsikan beberapa manfaat UTAMA Vitamin C yang mungkin u all tak tahu.

Manfaat Vitamin C

  1. Untuk bantu tingkatkan imuniti badan untuk melawan jangkitan
  2. Bantu mencerahkan kulit
  3. Diperlukan dalam metabolisma asid folik
  4. Bantu penyerapan zat besi
  5. Membantu dalam pertumbuhan dan pengantian tisu
Baiklah, sekarang ibu nak share dengan u all apa keistimewaan Vitamin C Shaklee.

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

1. Di perbuat daripada ekstrak jagung.
- Tak seperti Vitamin C lain, Vitamin C Shaklee ni di perbuat daripada jagung. Jadi, tak ada masalah untuk mereka yang memunyai masalah gastritis




2. Mempunyai kebolehan SUSTAINED RELEASE
- Badan kita ni boleh serap 100mg vitamin C aje setiap jam. Maksimun pun 200mg. Kalau u makan banyak-banyak pun, nanti rugi aje. TAPI, tidak dengan Vitamin C Shaklee ni sebab, Vitamin C Shaklee akan lepaskan vitamin C secara berkala jam demi jam. Tu sebab, ramai orang rasa LAIN bila consume Vitamin C Shaklee ni ;)

3. Mengandungi bioflavoids
- Vitamin C Sustained Released ni special sangat sebab ada bioflavoids. Bioflavoids ni fungsinya untuk penyerapan Vitamin C yang lebih efficient.




Best kan ;)
Berminat nak cuba? Murah aje. PASTI mampu milik.
Terus whatsapp ibu ya. Ibu pasti consult u dengan baik. Ibu belanja 1 testimoni untuk u ok :)










Fenomena Closing Shaklee Mac 2016

Bila closing Shaklee, semua pengedar Shaklee sibuk dengan GE untuk lihat sales bulanan dan sebagainya. Ibu pun tak terkecuali busy semalam. Dari pagi dah mula busy dengan handphone sampai bateri 2x flat :) hihihi.

Nak jadi cerita, jam 8 lebih, dapat wassap dari pengguna Shaklee nak order produk. Wahh.. hati dah gembira sungguh ni sebab memang target belum tercapai lagi. So, konon-konon nak orderlah sekali dengan stok sendiri. Sekali tengok dalam bank, alamak! Tak cukup.

Lepas discuss dengan suami, unjurkan plan yang ada dalam kepala, so dia pun izinkan ibu pergi ke Maybank jam 10 malam. Suami kerja shift malam, kalau tak, dia boleh bantu. 

Ibu pun pergilah Maybank dengan adik ibu bertemankan Damia. Sampai-sampai aje sana, mak aiii!!! Ramainye orang beratur kat cash deposit machine. Fuhh. Berpeluh jugalah tunggu. Ingatkan malam-malam lengang, rupanya lagi ramai.

Lokasi : Maybank Cheng ;)

Settle bank in, terus pecut balik rumah. Sampai je rumah, tudung, niqab, stokin pun tak buka lagi, terus masuk shaklee2u untuk order. Bukan apa... takut sistem down. Masa tu dah 11 malam. Jam 11.15pm baru settle semua :) 

Entah macam mana, tiba-tiba pergelangan tangan sakit. Tak tahu macam mana boleh terseliuh sampai tak boleh gerak. Allah... menitis jugalah air mata ni tahan sakit. Tapi ibu niatkan agar kesakitan yang ibu alami ni dapat hapuskan dosa dan Allah berkati usaha ibu untuk mencari rezeki. 

Oleh kerana letih, jam 12.30 tengah malam ibu tidur juga walaupun rasa sakit yang semakin kuat. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, syukur pada Allah, usai solat dinihari, sakit tu pergi! Subhanallah :) Banyak nikmat yang Allah berikan pada ibu. 

Ehh.. tercerita panjang pulak :) Di kesempatan ni, ibu nak cakap, bulan April 2016 PROMOSI Omega Guard :) Nanti ibu cerita lebih lanjut next entry okeh!

Nordiyana Jamal
Pengguna/Agen Shaklee sejak 2012
+60176460765