Friday, April 28, 2017

6 Years And Counting

1 Syaaban 1432- 1 Syaaban 1438
- 6 Years And Counting.

.
Hari ni 1 Syaaban 1438. Ikut tarikh Islam, dah 6 tahun kami berkongsi hidup. Kami ni dulu pernah 1 sekolah, 1 kelas. Masa tu kami tak bercintalah. Sebab ade orang tu jual mahal (ibu ler 😜). Tapi, bak kata orang, kalau dah jodoh tak kan kemana. Iye dak?

Nak kata kisah kami suwit sangat, taklah. Tapi banyak juga memori suwit pain. Kalau buat filem ni, kalah "Kimchi Untuk Awak". Hahaha. Perasan lettew.

Kami nikah dulu. Lepas 4 bulan baru sanding. Orang panggil istilah kawen gantung.

Nampak cam meriah naw kan? 10 kete dari side abam botak. Family ibu tok sah cakaplah. Ramai. Memang penuh 1 balai. Maklomlah, kawen dengan orang kampung sebelah. Jarak rumah 4km jer.

Di sebalik semua ni. Ada kisah yang buatkan ibu rasa sedih. Sampai hari ni.

Abam botak kata abah ibu pegang tangan dia kuat sangat.


3 Julai 2011.

Waktu ni ngam-ngam sebulan mak abam botak kembali ke Rahmatullah. Serius sedih masa ni coz she was very kind to me. Pernah dia bagi tahu abam botak, "Kawen dengan Ana, mak setuju". In fact she was very eksited to see her only son get married.

Sehari sebelum arwah meninggal, ibu sempat call. Ucap hari lahir. I still remember her voice tau. Very soft. And I know, i will be her beloved daughter in law.

Namun, ajal maut itu kan di tangan tuhan. Sejauh mana, sebaik mana pun kita merancang, Allah juga yang tentukan.

Alhamdulillah. Its already 6 years berkongsi hidup dengan abam botak. Syukur pada Allah. Rezeki memang murah. Sentiasa cukup.

6 tahun dalam alam perkahwinan ni, banyak pengalaman pahit-manis seperti pasangan lain juga. Gaduh tetap ada. Pun begitu, belum pernah gaduh lama-lama.

Memori raya di rumah mertua. Tengok abam botak. Poyo kan? Hahaha. Samalah dengan bini dia 😂

Memori raya di rumah parent ibu. Alhamdulillah setiap tahun, kami dapat beraya di kedua-dua belah pihak. Rumah dekat jer. Hehehe


Kami dua ni memang poyo habis. Gurau style kasar. Sometimes beraku-engkau ja. Kalau orang tak kenal kami, memang kata macam bukan orang yang dah berkahwin. Macam kawan-kawan.

Pun begitu, kami ingat limit kami bila berdepan dengan orang lain. Cuma bila dengan family tu, kami memang cam budak-budak. Jiwa muda sokmo. Tak caya, tanya kawan baik ibu/adik beradik kami. Memang masuk air. Huhuhu.

Alhamdulillah. Masih jauh lagi perjalanan ni. Doakan hubungan kami di redhai Allah, dan sentiasa dalam rahmatNya.

To my lovely husband Nornazmi Abu Bakar, thanks for everything. Thanks sebab terima Ana seadaanya. Thanks sebab sentiasa support Ana dalam bisness Shaklee ni. Thanks sebab jadi suami yang penyabar dan penyayang.

Nanti ada masa nanti, ibu share lagi yea kisah kami. Mana yang boleh share aje lah. Hehehe.

Doakan perjalanan kami ke Kelantan malam ni di permudahkanNya. Sampai bertemu lagi di lain entry.

Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment