Saturday, April 8, 2017

Sahabat Selamanya

Seorang rakan belum tentu boleh jadi sahabat. Tapi, seorang sahabat semestinya seorang rakan dan kisahnya terus terpahat dalam hati sanubari, sampai bila-bila.

Entry kali ni santai-santai je. Bukan cerita tentang bisness tapi memori seorang sahabat terhadap sahabat yang lain.

Waktu ibu study dulu, ibu berkawan dengan semua. Namun, yang paling rapat ada 5 orang. Ibu ada cerita nak kongsi tentang persahabatan kami ni. Ibu rasa sebak setiap kali ibu teringat kisah ni.

Waktu tu semesta 4. Ibu sakit perut, sebelah kanan. Dah katanya belajar nurse, mesti tahu kemungkinan sakit ape kan. So, terus pergi klinik. Then, doktor sahkan suspect appendix and refer to Hospital Pakar KPJ Seremban.

Oleh sebab kolej ibu tu di ceruk luar bandar pada ketika tu (Kota Seriemas), ibu pergi sendiri naik van ke KPJ Seremban. Jumpa Dr Tang (eh tak ingatlah nama doktor tu. Yang pasti Chinese. Dia doktor oncall). So, doktor kata kene operate.

Di pendekkan cerita, ibu sorang-sorang je kat hospital tu; atas kehendak ibu. Ibu tak nak susahkan kawan-kawan ibu. Call mak, mak pun terkejut sampai menangis... huhuhu

Masuk OT jam 3 petang, keluar jam 6.30 petang sebab tekanan darah ibu rendah. Doktor teraksa stabilkan dulu sebelum release ke wad. Tapi, waktu tu wad penuh. Jadi ibu lodge je kat Emergency Department.

Sakit. Memang sakit. Tapi, ibu just kuatkan semangat. Along ibu ada datang juga petang tu jenguk sekejap. Datang dari Kajang.

Esoknya, jam 11 pagi doktor buat round. Nak pindahkan ibu ke wad. Ibu dengan confident kata, ibu dah ok. Nak balik rumah, wal hal nak lepak kat kolej ja sebab tak ade transport nak balik Melaka.

Balik kolej, sahabat-sahabat ibu buatkan hati ibu terharu. Semua benda diorang tolong buatkan. Masak bubur untuk ibu, jaga ibu. Serius buatkan ibu rasa sebak.

Nak jadi cerita, 2-3 hari lepas keluar hospital tu air tak ada. Diorang ni lah yang tolong ibu angkut air dari bawah. Kalau tak silap masa tu, kami duduk tingkat 3. Ya Allah, serius buatkan hati ibu sebak dengan bantuan diorang tu.

Then, pihak kolej bagi kami cuti sebab air mungkin tak akan ada seminggu. Hati dah makin risau. Macam mana nak balik ni? Transport tak ada.

Waktulah, lecturer ibu Encik Baharudin offer untuk hantar ibu balik Melaka. Allahuakbar. Sebak lagi hati ni. He was one of lecturer yang sangattttt baik. Ajar bab tulang. Dia seperti bapa kami di kolej.

Tapi macam biasa, ibu tak suka susahkan orang lain. JAdi, ibu hanya minta dia hantarkan ke stesen bas Seremban. Ibu naik bas balik Melaka. Sakit memang sakit terhentak sana sini. Tapi entahlah. Ibu memang suka harung semua benda sendiri.

Begitulah cerita ibu sewaktu ibu operate appendix. Semua tu ibu berjaya lalui atas izin Allah dan juga ihsan sahabat-sahabat ibu serta Encik Bahar. Terima kasih di ucapkan kepada mereka semua.

Oh ya. Sebelum tutup cerita, ibu nak kenalkan u olls dengan sahabat-sahabat ibu. They olls ni semua berjaya jadi jururawat yang terlatih. MEreka bekerja di Arab, IJN, Hospital Terengganu, Hospital KPJ Penang dan seorang lagi di Sabah.

Ibu belanja u olls 2 keping gambar kami ye.

On Graduation Day
Dari kanan : Khadijah Ahmad (bertugas di Arab), Kak Liana Mazelan ( bekerja di Hopsital Terengganu)
Nurul Hafizah Nordin ( di KPJ Penang ), Che Rosmini Che Hanafi ( di Institut Jantung Negara),
Jancy Ah Soon ( di Sabah ), Nordiyana Jamal ( di rumah. hehehe)

Waktu ni kami di JB. Saja-saja buang tebiat pakai baju sekolah.
Back to school lah sangat :) hehehe
Dari kanan : Kak Tasya, Nurul Hafizah, Che Rosmini, Khadijah,
Mazliza, Liyana, Jancy Ah Soon, Kak Yana, Nur Hafiza, Diyana.

Orait. Tu saja. In Shaa Allah ada masa nanti, ibu tulis lagi tentang life ibu zaman dulu-dulu ya. Thanks for reading. Tinggalkan jejak u olls tau. Mudah ibu dan kawan-kawan lain nak lawat FB u olls ;)

Lastly, this was our special song in college that time. Miss u olls ;'( 



Pengguna & Pengedar Shaklee sejak 2012
+60176460765


No comments:

Post a Comment